Jumat, 09 Oktober 2009

KEHARMONIAN RUMAH TANGGA RASULULLAH

Saturday, September 26, 2009
KEHARMONIAN RUMAH TANGGA RASULULLAH


Oleh Jalalilah Mauludin

Di bawah naungan rumah tangga yang bersahaja di situlah tinggal sang isteri, pahlawan di balik layar pembawa ketenangan dan kesejukan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Dunia itu penuh dengan kenikmatan. Dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah isteri yang shalihah." (Lihat Shahih Jami' Shaghir karya Al-Albani)

Di antara keelokan budi pekerti Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan keharmonisan rumah tangga baginda ialah memanggil 'Aisyah radhiyallahu 'anha dengan nama kesayangan dan memberitahu kepadanya berita yang membuat jiwa serasa melayang-layang.

1. Romantis Seorang Nabi

Aisyah radhiyallah 'anha menuturkan:

"Pada suatu hari Rasu-lullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya: "Wahai 'Aisy (panggilan kesayangan 'Aisyah radhiyallahu 'anha ), Malaikat Jibril 'alaihissalam tadi menyampaikan salam buatmu." (Muttafaq 'alaih)

Bahkan baginda shallallahu 'alaihi wasallam selaku Nabi umat ini yang paling sempurna akhlaknya dan paling tinggi derajatnya telah memberikan sebuah contoh yang berharga dalam hal berlaku baik kepada sang isteri dan dalam hal kerendahan hati, serta dalam hal mengetahui keinginan dan kecemburuan wanita.

Baginda shallallahu 'alaihi wasallam menempatkan mereka pada kedudukan yang diidam-idamkan oleh seluruh kaum hawa. iaitu menjadi seorang isteri yang memiliki kedudukan terhormat di samping suaminya.

Aisyah radhiyallahu 'anha menuturkan: "Suatu ketika aku minum, dan aku sedang haidh, lantas aku memberikan gelasku kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda meminumnya dari mulut gelas tempat aku minum. Dalam kesempatan lain aku memakan sepotong daging, lantas baginda mengambil potongan daging itu dan memakannya tepat di tempat aku memakannya." (HR. Muslim)

Baginda shallallahu 'alaihi wasallam tidaklah seperti yang diduga oleh kaum munafikin atau seperti yang dituduhkan kaum orientalis dengan tuduhan-tuduhan palsu dan pengakuan-pengakuan bathil. Bahkan baginda shallallahu 'alaihi wasallam lebih memilih etika berumah tangga yang paling elok dan sederhana.

Diriwayatkan oleh 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahwa ia berkata:

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mencium salah seorang isteri beliau kemudian berangkat menunaikan shalat tanpa memperbaharui wudhu'." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Dalam berbagai kesempatan, baginda selalu menjelaskan betapa tingginya kedudukan kaum wanita di sisi baginda. Mereka kaum hawa memiliki kedudukan yang agung dan derajat yang tinggi. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menjawab pertanyaan 'Amr bin Al-'Ash radhiyallah 'anhu seputar masalah ini, baginda jelaskan kepadanya bahwa mencintai isteri bukanlah suatu hal yang tabu bagi seorang lelaki yang normal.

Amr bin Al-'Ash radhiyallahu 'anhu pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :

"Siapakah orang yang paling engkau cintai?" baginda menjawab: "'Aisyah!" (Muttafaq 'alaih)

Barangsiapa yang mengidamkan kebahagiaan rumah tangga, hendaklah ia memperhatikan kisah- kisah 'Aisyah radhiyallah 'anha bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Bagaimana masa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membahagiakan 'Aisyah radhiyallahu 'anha.

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha ia berkata:

"Aku biasa mandi berdua bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dari satu bejana." (HR. Al-Bukhari)

Rasulullah tidak melewatkan kesempatan sedikit pun kecuali baginda manfaatkan untuk membahagiakan dan menyenangkan isteri melalui hal-hal yang dibolehkan.

2. Bergurau Senda Dengan Isteri

Aisyah radhiyallah 'anha mengisahkan:

"Pada suatu ketika aku ikut bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah lawatan. Pada waktu itu aku masih seorang gadis yang ramping. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dahulu. Mereka pun berangkat mendahului kami. Kemudian baginda berkata kepadaku: "Kemarilah! sekarang kita berlumba lari." Aku pun mendahuluinya dan akhirnya aku dapat mengungguli beliau. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam hanya diam saja atas keunggulanku tadi. Hingga pada kesempatan lain, ketika aku sudah agak gemuk, aku ikut bersama baginda dalam sebuah lawatan. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dahulu. Kemudian beliau mengajakku berlumba kembali. Dan akhirnya baginda dapat mengungguliku. Beliau tertawa seraya berkata: "Inilah penebus kekalahan yang lalu!" (HR. Ahmad)

Sungguh! merupakan sebuah bentuk permainan yang sangat lembut dan sebuah perhatian yang sangat besar. Baginda perintahkan rombongan untuk berangkat terlebih dahulu agar baginda dapat menghibur hati sang isteri dengan mengajaknya berlumba lari. Kemudian baginda memadukan permainan yang lalu dengan yang baru, baginda berkata: "Inilah penebus kekalahan yang lalu!"

3. Tawadhuk Baginda Terhadap Isteri

Baginda adalah seorang Nabi yang mulia, pemimpin yang selalu berjaya, keturunan terhormat suku Quraisy dan Bani Hasyim. Pada saat-saat kejayaan, baginda kembali dari sebuah peperangan dengan membawa kemenangan bersama rombongan pasukan besar. Meskipun demikian, baginda tetap seorang yang penuh kasih sayang dan rendah hati terhadap isteri-isteri baginda para Ummahaatul Mukiminin radhiyallah 'anhu. Kedudukan baginda sebagai pemimpin pasukan, perjalanan panjang yang ditempuh, serta kemenangan demi kemenangan yang diraih di medan pertempuran, tidak membuat baginda lupa bahawa baginda didampingi para isteri kaum hawa yang lemah yang sangat memerlukan sentuhan lembut dan bisikan manja. Agar dapat menghapuskan beban berat perjalanan yang sangat meletihkan.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kembali dari peperangan Khaibar, baginda menikahi Shafiyyah binti Huyaiy radhiyallahu 'anha. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi Shafiyyah radhiyallah 'anha dari pandangan orang. Kemudian baginda duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, baginda persilakan Shafiyyah radhiyallah 'anha untuk naik ke atas unta dengan berteleku pada lutut baginda.

Pemandangan seperti ini memberikan kesan begitu mendalam yang menunjukkan ketawadhu'an baginda. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam selaku pemimpin yang berjaya dan seorang Nabi yang diutus- memberikan teladan kepada umatnya bahwa bersikap tawadhu' kepada isteri, mempersilakan lutut baginda sebagai tumpuan, membantu pekerjaan rumah, membahagiakan isteri, sama sekali tidak mengurangi derajat dan kedudukan baginda.

Ini yang sukar dicari dalam diri suami pada zaman sekarang. Suami terbaik adalah Rasulullah SAW.

Sumber: Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim
Posted by Hamba Allah at 2:36 PM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar